Photobucket

KEBANGKITAN generasi baru Islam dinanti...

Friday, December 28, 2007

DENGARLAH DUHAI TEMANKU SAYANG

Temanku,

Allah menciptakan manusia sama,

Dengan sebaik-baik kejadian,

Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,

Ada yang lalai dengan angan-angan,

Ada yang tekun berusaha,

Tentu nasib mereka berlainan,

Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,

Kelalaian dibalas kegagalan,

Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,

Kau diberi peluang membuat pilihan,

Kau juga yang tanggung natijahnya,

‘Sesungguhnye Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian’ (Surah al-Tin:4)

Sedarlarlah temanku,

Kita musafir di dunia,

Kita akan pulang kepada-Nya,

Hidup di dunia akan ditanya,

Adakah diisi dengan sebaiknya,

Atau keseronokan semata-mata,

Mahukah kita hidup terhina?

Tanpa ilmu sebagai bekalnya,

Kelak di sana rendah darjatnya,

‘Allah akan mengangkat orang beriman diantaramu dan orang berilmu beberapa darjat’ (Surah al-Muajadilah:11)

Temanku,

Renungilah sebiji cawan,

Jika tidak dituang air,

Molekul udara memenuhinya,

begitu jua diri kita,

Jika tidak diisi iman,

Masuklah syaitan bermaharajalela,

Diri kita perlu pengisian,

Dengan ilmu dan agama,

Agar hidup dekat dengan-Nya,

Barulah hatimu tenang bahagia.

ketahuilah temanku,

Kemuliaan manusia bukan pada luaran,

Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,

Oleh itu, tekadkan keyakinan,

Kau ummat pilihan,

‘You are the best ummah’, (Ali Imran: 110)

‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa’, (Al-Hujurat:13)

Jelaskan visi perjalanan,

‘Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka’, (Al-Baqarah:201)

Jadikan ilmu sebagai bekalan,

‘Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan’ (Al-Alaq:1-2)

Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,

‘Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan’, (Al-Ahzab:72)

Ketinggian seseorang kerana iman,

‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang beriman’ (Ali Imran:139)

Lantaran Itu, carilah redha Tuhan,

Dengan melakukan sebaik-baik amalan,

Usaha x istiqomah - masa+yakin,

asas kejayaan,

‘Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri’ (Ar-Ra’d:11)

‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikianlah pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)’, (At-Tawbah:59)

Temanku,

Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,

kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,

bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,

Jika kau redha, sabar dan terus berusaha,

Tapi, kau sememangnya bodoh,

Jika kau langsung tidak berusaha,

Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,

Tiada nilaian pahala dari-Nya,

Malah kau pula menanggung dosa,

Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.

Temanku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang,

dan tidak pernah berkesudahan,

Sekali kau terjatuh,

Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,

Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,

dan mara berlari kencang,

mencipta taufan.

Berjuanglah temanku sayang,

tanpa mengenal penat dan jemu,

biar hidup kita derita dengan usaha,

kelak kita akan dimulia,

jika tidak di dunia,

nun di syurga.

Tautan Hati - Fatimah Syarha ( page 564-568)

Sunday, November 11, 2007

Dialog Dahri dan Imam Abu Hanifah

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.


"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.

"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.

"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah.

Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?" Sekali lagi Dahri terserentak, idak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau imanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!"

Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.

"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..."
Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.

"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya?
Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak
berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya..." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah slam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat.

Saturday, November 10, 2007

Elemen Penting Dalam Tarbiyah

Harakah Islamiyyah sedunia sependapat betapa besarnya peranan tarbiyyah dalam menjamin kemurnian dan memahami matlamat Islam sepanjang masa, kerana pergantungannya yang kuat dari aspek tarbiyyah dan memenuhi syarat-syarat kemenangan kepada janji Allah SWT.

Tujuh elemen-elemen penting tarbiyyah:-

1-Tarbiyah Ruhiyyah :
Iaitu mendidik ahli supaya iltizam dengan amalan ibadah sehingga dapat merasakan kelazatan hasil mengerjakan ibadah itu serta dapat mencari kekuatan hati melaluinya. Juga untuk mempertingkatkan muhasabah dan muraqabah sebagai paksi kepada gerak kerja yang baik, menanamkan kesabaran yang tinggi dalam amal jamaie, sensitif kepada dosa dan mungkar, bersemangat jihad dan bercita-cita untuk syahid.

2-Tarbiyah Thaqafiyyah :
Menanamkan budaya membaca (tidak dihadkan kepada buku-buku haraki sahaja tetapi meluaskan skop bahan bacaan), berjumpa dengan tokoh-tokoh ilmuwan, menghadiri persidangan-persidangan dan seminar-seminar akademik dan sosial, membudayakan perbincangan di kalangan ahli dengan tidak menunggu hanya pada waktu usrah atau tamrin sahaja supaya ahli mempunyai daya intelektual yang tinggi dan berpengetahuan am yang luas.

3-Tarbiyah Harakiyyah :
Melengkapkan ahli dengan ilmu teknik-teknik pengurusan moden, di samping konsep-konsep dan adab-adab berjemaah yang lain.

4-Tarbiyyah Siasiyyah :
Meningkatkan pengetahuan dan pembacaan politik mengenai perkembangan politik tempatan dan antarabangsa, di samping memahami konsep dan falsafah khilafah Islamiyyah dan kepimpinan ulama' yang lebih mendalam dan praktikal kepada dunia semasa.

5-Tarbiyyah Kendiri (Self-Development) :
Mengenalpasti dan mengembangkan potensi individu-individu ahli yang matang dalam sikap, tindakan dan keputusan, berfikiran kreatif, kritikal, analitikal dan terbuka, bermotivasi tinggi, berakhlak baik dan terpuji, bersikap berani, berkeyakinan diri dan 'adaptable' dalam semua suasana dan keadaan.

6-Tarbiyyah Badaniyyah (Jasmani) :
Melatih ahli memberi perhatian kepada kesihatan badan, mempunyai kecergasan dan stamina yang tinggi, menjalani latihan fizikal untuk membentuk generasi yang tahan lasak dan bersedia menghadapi usaha-usaha musuh yang mungkin menggunakan kekerasan.

7-Tarbiyyah Kekeluargaan Islam :
Mendidik ahli dalam memilih calon pasangan hidup yang selari dengan kriteria yang dikehendaki oleh Islam dan berpengetahuan mengenai pembentukan dan amalan-amalan keluarga Islam.

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

TIGA BELAS AURAT WANITA

1.Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.


Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Friday, November 9, 2007

Taman Syurga

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Thabrani, Rasulullah bersabda, "Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ. "Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apa taman syurga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu.

" Dalam hadits lain diceritakan, Rasulullah pernah masuk ke sebuah majlis. Di majlis itu, tampak ada dua kelompok; dimana yang pertama sedang berzikir, sementara yang kedua sedang mempelajari ilmu. Rasulullah bersabda, "Kelompok pertama adalah kelompok yang baik. Mudah-mudahan Allah mengampuni mereka. Sedangkan kelompok kedua yang sedang
mempelajari ilmu, mudah-mudahan Allah membimbing mereka ke jalan yang lurus. Kemudian beliau memilih duduk bersama kelompok majlis ilmu.

Rasulullah saw pernah ditanya oleh salah seorang sahabatnya perihal siapakah teman duduk yang paling baik. Rasulullah menjawab, "Orang itu adalah yang bila kamu lihat, dapat
mengingatkanmu kepada Allah, menambahkan ilmumu dalam pembicaraannya, dan mengingatkanmu kepada akhirat dari amal-amalnya. Orang-orang yang memiliki sifat seperti diatas lah yang paling layak untuk dijadikan teman duduk.

Majlis ilmu, yang didalamnya terdapat orang-orang berilmu dan para pencari ilmu, bukankah Allah memuliakan dan meninggikan darjat mereka kerana keimanan mereka dan ilmu yang
mereka miliki?

" ... Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan". (QS. Al Mujaadilah:11).

5 faktor yang menyebabkan hati menjadi keras



Mudah-mudahan ia menjadi peringatan untuk para sahabat termasuk diri ana sendiri sebagai panduan untuk kita mengkoreksi diri ke arah yang lebih baik.

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan
sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan.
Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan
melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam
firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan
dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan
berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya,
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku."
(Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala
sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama
manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang
dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi
pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang
kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal
cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang
munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun,
kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?"
(Surah At-Taubah, ayat 126)

Bicara Buat Adikku


Adikku...

Keremajaanmu bagai memukau mata-mata peria...
Keayuanmu menggoncang iman sang teruna...
Keindahanmu adalah anugerah yang paling agung...
Kelembutanmu bagai cindai si sutera puteri...
Matamu, bibirmu, hidungmu dan alismu...
Bakal memanah anak-anak panah syaitan...

Adikku...
Kitalah intan terpilih...
Kitalah mutiara anggun...
Kitalah berlian termahal...
Kita punya harga ...
Namun harga kita
Bukan wang juga harta benda...
Keimanan dan ketaqwaan adalah harga yang sebenar...
Ketabahan adalah senjata yang tiada tolok bandingnya..
Betapa Allah memuliakan kita...
Tidakkan lahir seorang yang bernama Rasulullah tanpa Siti Aminah
Tidakkan ada permata Fatimah andai tiada Khadijah
Dan tidakkan lahir manusia tanpa nenek kita Hawa...

Adikku...
Keindahan kita bukan untuk untuk dipertontonkan...
Tapi untuk disimpan pada yang hak memiliki...
Hiasilah dirimu dengan pakaian malu...
Turutilah langkahmu ke arah jalan kebaikan...
Dahi yang sujud pada sebuah penghambaan...
Mata yang menangis kerana keinsafan...
Hidup yang pasrah padamu Tuhan...
Harap itulah yang akan diamalkan...

Rentak dirimu dik...
Musllimah hakiki mukminah sejati...
Itulah wawasan akhirat nanti...
Bukan memegang watak penggoda...
Menjadi fitnah kepada dunia...
Ayuh adik-adikku...
Kita turuti langkah Fatimah...
Kita soroti jejak Aisyah...
Sebagai hamba,anak dan pelajar...
Jua berjiwa insan pejuang...
Maafkan diriku dik...
Aku tidak bisa mengajarmu...
Namun akan ku doakan kebahagiaanmu...
Agar dikau mengerti hakikat kehidupan...
Bahawa hidup ini sekadar di pinggiran...