Photobucket

KEBANGKITAN generasi baru Islam dinanti...

Saturday, June 20, 2009

Cuti....oh Cuti...

Assalamu'alaikum warahmatullah...

Setelah 3 minggu pulang bercuti ke kampung halaman, baru hari ini aku diberi kesempatan oleh Allah untuk online. 3 minggu yang lepas, 2 hari selepas exam selesai keputusan diumumkan dan alhamdulillah aku lulus dan membolehkan aku untuk meneruskan perjuangan ke tahun 2 insyaAllah bakal bermula pada awal Julai ini. Sebelum pulang ke kampung halaman aku beria-ria merancang aktiviti sepanjang cuti ini, antaranya update blog.

Manusia hanya mampu merancang tetapi Alah yang menentukan segala-galanya. Perancanganku terbang begitu sahaja. Entah ke mana. Aku fikir sepanjang cuti ini aku akan punya banyak masa terluang untuk online tetapi aku silap. Cuti lagi sibuk dari hari kuliah. 'Part time house wife', i think that is the best discription for what i'm doing now. Baru tahu betapa penatnya tanggungjawab seorang ibu. Nak kene jadi baby sitter, tukang masak, tukang cuci, pergi kedai ect... Anak buah semakin bertambah, maka bertambah lah kerenah yang perlu dilayan. Tapi di akhirnya ada kepuasan setiap kali melihat wajah kudus mereka yang bersih dari sebarang dosa, setiap kali si Muhaimin datang bermanja sambil bercakap pelat dan adiknya Sakinah tertidur di atas ribaanku setelah diulit. Comel betul.

Hanya seminggu lagi cutiku berbaki. Surely, i'll miss them when i get back to my collage next week. Satu-satunya cuti paling panjang sepanjang aku menuntut di kuantan, lepas ni sambung kuliah balik dan jumpa lagi pada cuti tahun hadapan. Macam belajar oversea, tapi itulah hakikat kehidupan student dentistry IIUM Kuantan.