Photobucket

KEBANGKITAN generasi baru Islam dinanti...

Monday, August 8, 2011

Sepi...

Alhamdulillah, setelah sekian lama jari-jemari ini tidak bergerak menekan petak-petak huruf pada papan kekunci laptop. Hari ini aku diberi kesempatan kembali ke dunia penulisan. Syukran jazilan buat sahabat-sahabat yang sudi berkunjung dan saya memohon sejuta kemaafan lantaran tidak berkesempatan untuk meletakkan sebarang post baru di dalam blog ini.

Inilah post pertama saya setelah bergelar seorang isteri sejak tanggal 1 Rejab 1432H. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan bersama. Namun, untuk ketika ini hanya ini yang dapat saya coretkan. Jadual harian saya kini agak padat lantaran perlu berulang-alik ke hospital menemani dan menyempurnakan segala keperluan suami tercinta yang sudah hampir 3 minggu di tahan di wad. Dalam masa yang sama saya perlu ke kampus untuk mengikuti sesi klinikal yang bakal berakhir pada minggu ini.

Setiap hari, saya perlu merawat pesakit di dental polyclinic bermula jam 10pagi sehingga jam 5petang. Selesai klinik, saya akan pulang ke hostel menyeiapkan diri dan keperluan sebelum terus ke hospital untuk menemani suami tercinta. Saya akan kembali ke kampus keesokan harinya usai solat subuh dan selesai memandikan dan menukar pakaian suami. Begitulah hari-hari saya berlalu dan kini sudah memasuki minggu ketiga. InsyaAllah berkat doa sahabat-sahabat yang mengenali kami, suami saya akan discharge pada hari khamis ini. Sesi klinikal saya akan berakhir pada hari jumaat ini dan setelah itu, kami akan pulang ke kampung halaman untuk sama-sama meraikan bulan penuh kerahmatan yang penuh makna buat kami.

Terlalu banyak ingin diceritakan. InsyaAllah bakal menyusul pada cuti yang bakal bermula minggu depan. To my beloved husband, you make me love you more and more...and i'll always be there for you... uhibbbuka hubban jiddan. Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza...