Muharram (محرّم) adalah bulan pertama mengikut perkiraan sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Dari sudut bahasa, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang dengan keras sebarang peperangan atau pertumpahan darah dilakukan pada bulan tersebut. Larangan peperangan ini berdasarkan kepada perisitiwa yang berlaku pada mana masyrakat jahiliah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w yang membudayakan larangan perang pada bulan tersebut. Namun larangan ini bukanlah larangan yang mutlak. Allah telah menjelaskan di dalam Al Quran berkenaan dengan pengharaman berperang dan melakukan persengketaan pada bulan tersebut,tetapi pengharaman ini tidak kekal disamping menjawab tohmahan ke atas Quraisy yang menempelak orang muslimin pada ketika itu melibatkan seorang sahabat nabi Abdullah bin Jashy Al Asadi sehingga terbunuhya seorang bangsa Quraisy Amru ibn Hadrami. Peristiwa ini mengikut huraian mufassirin berdasarkan Asbab Nuzul bagi ayat 217 pada surah Al Baqarah.
Firman Allah pada ayat tersebut:
يسألونك عن الشهر الحرام قتال فيه قل قتال فيه كبير وصد عن سبيل الله وكفر به والمسجد الحرام واخراج أهله منه أكبر عند الله ....
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati. Katakanlah: Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidilharam (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah. Allah menjelaskan lagi pada ayat tersebut dengan membandingkan manakah yang terlebih besar dosanya daripada menghalang golongan yang keluar ke jalan Allah dan memasuki masjidil haram. Maka yang terlebih besar dosa itu mereka yang menghalang umat-umat Islam berjihad ke jalan Allah dan dari memasuki masjid Allah.
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullah). Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Imam Hassan Al Basri mengatakan dengan pembukaan takwim hijrah pada bulan Muharam ianya sebagai salah satu kemuliaan yang diberikan oleh Allah berbanding bulan-bulan yang lain. Lalu dinamakan nabi dengan nama Syahrullah disebabkan kemuliaan yang ada padanya.
Kalendar Islam pertama
Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan
Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam. Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.
Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar
Peristiwa Penting Dalam bulan Muharam
1 Muharram
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
Amalan-amalan sunat dalam bulan Muharram
1. memperbanyakkan puasa di bulan muharram
amalan berpuasa ini sangat dianjurkan berdasarkan hadis yang banyak menyeru berpuasa di bulan ini. Antaranya:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْل أخرجه مسلم في " صحيحه " 1163
Daripada Abu Hurairah R.a katanya: bersabda Rasul s.a.w: seafdhal-afdhal puasa selepas Ramadhan bulan Muharram dan seafdhal solat selepas solat fardhu adalah qiamullail.
وعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ أخرجه البخاري في " صحيحه "
Maksdunya: daripada ibn Abbas katanya: tiada aku melihat nabi terlebih gemar dan bersangatan berpuasa pada satu hari yang punyai kelebihan pada hari lain iaitu Asyura dan (bulan) Ramadhan
2. berpuasa pada hari asyura dan tasu’a
وعَنْ أَبِي قَتَادَةَ مرفوعاً : ( ... وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
أخرجه مسلم في "صحيحه "
Maksudnya: daripada Abi Qatadah secara marfu’ (kedudukan hadis): ….dan puasa pada hari Asyura akan dihisab oleh Allah, puasa itu akan mengkafarahkan satu tahun puasa setahun sebelumnya.
Dikeluarkan oleh muslim dalam sahihnya
عن ابنِ عبَّاسٍ رضيَ الله عنهُما قال: صَامَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم يومَ عاشُوراء وأمَرَ بِصِيامِهِ، قالوا: يا رَسُولَ اللهِ! إِنَّهُ يَومٌ تُعَظِّمُهُ اليَهودُ وَالنَّصَارَى. فَقالَ رسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : فَإذا كَانَ العامُ المُقْبِلُ، إِن شَاءَ اللهُ، صُمْنَا اليَومَ التَّاسِع »قال: فَلمْ يَأتِ العامُ المُقْبِلُ، حَتَّى تُوُفِيَّ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم رواه مسلم
Maksudnya: daripada ibn Abbas r.a katanya: Rasulullah berpuasa pada hari Asyura dan menyeru agar berpuasa pada hari itu. Lalu para sahabat berkata: wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari itu adalah hari kebesaran yahudi dan nasrani. Lalu kata Rasulullah: apabila tahun hadapan menjelang dengan izin Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan. Berkata Ibn Abbas: tidak sampai tahun hadapan sehinggalah nabi diwafatkan.
Riwayat Muslim
3. memperbanyakkan qiamullail.
Selain amalan berpuasa juga amalan qiamullail perlu dihidupkan. Ini berdasarkan amlan Rasul s.a.w menunaikan qiamullail berdasarkan juga dalil yang menyebut kelebihan yang ada pada bulan Muharram berbanding dengan bulan lain.
Pengajaran peristiwa Hijrah
1. hijrah memberi pengajaran dari aspek sosial atau pergaulan hidup di mana hubungan antara penduduk Madinah ketika mana hijrahnya nabi bersama muhajirin semakin rapat antara mereka terutama sesama Islam dengan usaha di dalam mempersaudarakan mereka dan juga termeterainya piagam Madinah. Tiada lagi permusuhan yang teruk disebabkan bangsa dan keturunan disamping hubungan baik antara muslimin dan bukan Islam juga berjalan baik. Ini sebagai satu praktikaliti kepada kita umat Islam sebagai kesatuan ummah, untuk berhadapan dengan musuh baik secara zahir dan tidak zahir.
2. hijrah menyemarakkan lagi suasana ukhuwah di samping mengukuhkan struktur Ekonomi atau hubungan manusia secara material. Ianya berkembang baik dengan menyingkirkan amalan riba, korupsi dan amalan yang menindas serta kepentingan diri sendiri setelah wujudnya sistem ekonomi Islam yang menjamin kestabilan dan keadilan. Dengan ini dari aspek sejarah, Islam telah memuliakan penduduk Madinah yang dianggap lemah dan miskin oleh penduduk Mekah sebelum ini kerana kebanyakan mereka hanya mengharap kepada hasil pertanian sahaja.
3. hijrah memberi pengajaran dalam merubah sosio budaya umat Islam. Ini dapat dilihat melalui muamalah dikalangan orang-orang ansar dan muhajirin. Perubahan daripada satu keadaan jahiliah kepada hidayah yang terang menerangi iman mereka sehingga menjadikan mereka ummah yang terbilang dan gemilang di mata masyarakat masa itu. Seterusnya membuktikan kemampuan umat Islam pada masa itu berjaya membina empayar pertama di bumi Madinah. kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Bermula daripada peristiwa berikut saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.
KEBANGKITAN generasi baru Islam dinanti...
Thursday, January 3, 2008
Muharram dalam kalender Hijriah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment