Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(ALI-IMRAN: 185)
8 Sept. 2008
Aku sedang menghadap laptop di bilik ku. Sibuk membelek-belek gambar yang telah ku ambil hujung minggu baru-baru ini untuk presentation dental product minggu hadapan. Tepat jam 12.14pagi di hanset ku, aku dikejutkan dengan panggilan dari sahabat matrik. Hati ku rasa pelik, kenapa tiba-tiba call tengah-tengah malam ni? "Hello kak lin tahu tak kak hajar meninggal, baru je tadi." Tiba-tiba diri terasa seperti disambar halilintar. Lantas gugur lah mutiara-mutira jernih ke pipiku tanpa dapat diseka. "Innalillahi wa inna ilaihi raji’un." Aku baru je ber’sms’ dengan kak hajar sebulan lebih yang lepas sewaktu baru mendaftar di kuantan. Arwah ceria seperti biasa dalam sms nya bertanya khabar kami di sini. Takde pulak dia cerita dia sakit.
Fikiran ku terus teringatkan pesanan arwah sewaktu bai’ah terakhir kami. "Lepas ni kita jumpa masa muktamar tau. Kalau akak tak nampak muka ko, siap!" Terngiang-ngiang suara itu ditelingaku. Sewaktu itu majlis bai’ah baru saja selesai dan kami duduk bersebelahan. Lantas ku genggam tangannya dan membalas "InsyaAllah 5 tahun lagi lepas saya grad kita jumpa kat muktamar PAS, saya nak tengok kak hajar dah ada berapa orang anak masa tu," lantas perbualan kami disusuli dengan gelak ketawa kami berdua. "Ayah kak hajar tak pernah miss muktamar sebab dia kata masa tu lah dia nak jumpa sahabat-sahabat seperjuangan dia masa kat universiti dulu. Masa tu jelah nak jumpa pun, semua kan duk negeri lain-lain. Kak hajar nak pesan kat ko nanti bila dah kerja kalau ada muktamar ambik lah cuti datang muktamar, boleh lah jumpa ngan sahabat-sahabat lama." Itu janji kami selepas berbai’ah. Kali ni bukan kak hajar yang tak jumpa aku, tapi aku yang tak akan jumpa dia. Kali terakhir kami bertemu sewaktu aku short sem di matrik. Arwah ceria seperti biasa ketika itu dan tak henti dengan gurauannya. Arwah juga berkongsi cerita tentang pengalaman Senator Mumtaz. Ketika itu aku fikir kak hajar bakal menjadi seperti Senator Mumtaz, namun segalanya adalah perancangan Allah. Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih menyayangi dia.
Aku terus ke bilik siti, kemudian aku ke bilik ba’. Zai dan hanim juga di sana. Aku menangis di bahu hanim. Rasa terkejut ku masih belum hilang disusuli dengan kesedihan yang tak dapat lagi dibendung. Aku lansung tidak pernah mendapat berita bahawa arwah sakit beberapa minggu yang lepas. Yang ku terima hanya berita pemergiannya. Kehilangan yang cukup besar bagiku kerana arwah pernah menjadi tempat untuk aku mengadu sewaktu masih di matrik. Seorang kakak paling senior di kalangan batch kami. Dirinya tak pernah putus dari memberi nasihat dan berkongsi pengalamannya.
9 Sept. 2008
Aku memulakan hari ku dalam keadaan yang sugul. Aku hampir tidak dapat melelapkan mataku semalam. Laptop ku menjadi peneman sehingga jam 3pagi. Hari ini aku benar-benar tiada mood. Wajahnya, senyumannya, gelak ketawanya terbayang-bayang di mataku. Kelas ku bermula jam 8pagi. Seperti biasa aku kelas dengan menaiki bas pada jam 7.45pagi. Aku bertekad tidak mahu terus bersedih lagi. Tidak lama selepas aku tiba ke kelas, nija menyusul. Dia duduk di sebelah ku. Ku lihat matanya bengkak, lantas nija menyebut namaku, "amalina..." Bagaikan empangan yang pecah, air mataku terus mengalir. Nija pun sama. Kami cuba mengawal perasaan agar kesedihan kami tidak terlalu jelas. Rakan sekelas ku yang juga duduk di sebelah ku hanya mendiamkan diri, mengerti akan kesedihan kami. Kami meneruskan kelas seperti biasa.
Hari ini seperti biasa kami perlu berulang alik dari KOM (kuliyyah of medicine) ke KOD (kuliyyah of dentistry). Ku cuba tumpukan perhatianku pada lecture physiology hari ni, namun tiba-tiba aku diselubungi rasa mengantuk. Mungkin kerana tak cukup tidur semalam. Sesekali aku tersengguk. Lecture hari ini agak panjang sehingga melewati waktu rehat kami. Kami harus berkejar semula KOD selepas ini. Perjalanan yang mengambil masa 15minit jalan kaki. Aku berjalan berseorangan cuba menjauhkan diri dari rakan sekelas yang lain, sekadar memberi ruang pada diri untuk bertenang. Kelas cementogenesis bermula. Aku rasa jiwa ku kini lebih stabil. Kelasku tamat pada jam 11.30pagi. Sebaik kelas tamat hanim berbincang dengan bad. Kami bercadang untuk turun ke KL hujung munggu ni untuk melawat keluarga kak hajar. Bad bersetuju. Kami diberitahu jenazah arwah akan dikebumikan hari ini selepas zohor. Tiba-tiba aku kembali terasa sedih. Air mataku mengalir lagi. aku cuba mengawal perasaan. Nama itu kini sangat sensitif bagiku. Ya Allah, sungguh mudah Kau mengambilnya dari kami, namun Kau lah yang lebih berhak ke atasnya kerana dia adalah milikMu yang hanya Kau pinjamkan seketika untuk kami. Terima kasih Ya Allah kerana pernah mempertemukan kami. Kau ampunilah segala dosa-dosanya Ya Allah dan Kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang beriman. Moga matinya beroleh syahid di jalan perjuanganMu. Amin...
1 comment:
salam perjuangan dan salam rindu dari kejauhan..
kuatkan semangatmu wahai kakakku tersayang..semua mengerti dengan hakikat kehidupan..sesungguhnya semua manusia itu akan merasai mati..alangkah bahagianya dia pergi ketika mana masih berintima dengan gerakan Islam, thabat dalam perjuangan dan moga2 diberi gelaran syahid buatnya..al-Fatihah
Post a Comment