Photobucket

KEBANGKITAN generasi baru Islam dinanti...

Sunday, April 11, 2010

Refleksi Diri


Setelah sekian lama jari-jemariku tidak menekan huruf di keyboard laptop. Hari ini Allah telah menggerakkan hatiku untuk kembali singgah seketika ke dunia penulisan. Ilham di hati sekadar untuk berkongsi sesuatu yang ku rasai, bermula di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC yang telah berlalu 2 minggu lepas.

Sewaktu aku di KLIBF, aku di temukan dengan satu buku yang sememangya telah lama aku idamkan. Syamail Muhammad SAW karangan Imam Tirmizi yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia keluaran Telaga Biru. Harapankan ku agar buku ini dapat membantu ku untuk lebih mengenali susuk tubuh dan peribadi insan yang dipilih menjadi kekasih Allah. Alhamdulillah sebahagian daripadanya telah selesai dibaca dan kesannya amatku rasai. Ruh penulisan seorang penulis yang menulis dari hati sesungguhnya mampu untuk menyentuh hati setiap pembacanya. Hadith dan riwayat para sahabat Rasulullah SAW yang dikumpulkan dalam buku ini membuatkan diriku seakan-akan sedang berhadapan dengan kekasih Allah. Moga aku berpeluang untuk menemuinya...

Apabila aku melihat gigi hadapanku yang agak jarang di antara keduanya, teringat aku pada satu riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Abbas r.a. "Gigi depan Rasulullah SAW tampak renggang. Ketika berbicara, di antara gigi depan belia itu seperti keluar cahaya." (Riwayat Tirmidzi, Bagawi, Darimi, Baihaqi dan Thabrani)
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan aku ciri fizikal diri yang mampu mengingatkan aku kepada kekasihNya setiap kali aku melihat diriku di cermin.

Apabila aku melihat wajah anak saudaraku yang memiliki bola mata yang hitam serta bulu mata yang lentik, maka aku teringatkan kata-kata Ali bin Abi Thalib, "...Beliau memiliki bola mata yang hitam pekat, bulu mata yang lentik...." (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa'd dan Baihaqi)
Lantas aku bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan ahli keluarga yang memiliki salah satu ciri fizikal seperti Rasulullah SAW yang dapat membantu ku untuk sentiasa mengingatinya.

Di saat aku melihat rambut lelaki yang panjang, ia akan mengingatkan aku apabila Qatadah bertanya kepada Anas, "Seperti apa ciri-ciri rambut Rasulullah SAW?" Anas menjawab, " Rambut Rasulullah SAW berada di tengah-tengah antara kerinting dan lurus, sementara panjangnya mencapai bahagian bawah daun telinganya." (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Nasai dan Ahmad)
Aku berfikir alangkah baik sekiranya mereka mengikut sunnah Rasulullah SAW dan tidak menyimpan rambut yang lebih panjang.

Ketika aku sedang menyisir rambutku, aku lantas teringat kepada riwayat yang disampaikan Aisyah, "Rasulullah SAW suka mendahulukan anggota tubuh yang kanan ketika bersuci, menyisir rambut dan ketika mengenakan sandal." (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Maka aku akan menyisir rambutku di sebelah kanan terlebih dahulu sebelum menyisir ke sebelah kiri.

Apabila aku melihat uban, aku teringatkan riwayat Anas bin Malik, "Saya hanya dapat menemukan 14 uban di rambut Rasulullah SAW." (Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)
Aku terfikir, hebatnya sahabat Rasulullah SAW sehingga mampu mengetahui bilangan uban di rambut beliau.

Apabila aku mengenakan pakaian berwarna hijau, ia mengingatkan aku bahawa Rasulullah pernah memakai pakaian berwarna hijau seperti yang disampaikan oleh Abu Ramtsah, "Saya pernah melihat Nabi SAW mengenakan dua helai pakaian berwarna hijau." (Riwayat Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad)
Aku akan tersenyum dan hati ku berkata, itu adalah antara warna kegemaranku.

Ketika aku hendak memakai cincin di jari kanan ku, ia akan mengingatkan aku pada riwayat Abdullah bin Ja'far, " Nabi SAW mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau." ( Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Abu Syaikh)


Dan apabila aku henak memakai cincin di jari kiriku, aku akan teringatkan riwayat Muhammad bin Ali bin Husain, " Hasan dan Husain mengenakan cincin di jari tangan kiri mereka." (Riwayat Tirmidzi dan Abu Syaikh)
Mereka adalah ahlul bait, maka tidak salah jika aku juga mengikut perilaku mereka.

Di saat aku melihat lauk yang diletakkan labu di dalamnya, ingatan ku diterjah oleh riwayat yang disampaikan oleh Anas bin Malik r.a. sewaktu beliau menemani Rasulullah SAW memenuhi undangan soang penjahit, Anas berkata, "... Tuan rumah menghidangkan roti yang diperbuat dari gandum serta kuah berisi labu dan daging. Saya melihat Rasulullah SAW mencari-cari labu di dalam mangkuk. Maka sejak itu saya menyukai labu." (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Darami)

Ketika aku sedang enak menikmati makanan, hati ku terasa pilu kerana teringatkan Rasulullah SAW yang tidak pernah makan sehingga kenyang seperti yang diriwayatkan oleh Nu'man bin Basyir r.a. "Bukankah kalian mampu makan dan minum sesuka hati kalian? Sungguh, aku pernah melihat Rasulullah SAW tidak menemukan apa pun untuk mengisi perut beliau bahkan tdak juga buah kurma yang buruk." (Riwayat Tirmidzi, Muslim, Ahmad dan Ibnu Sa'd)


Masih ada sebahagian dari kitab ini yang belum aku habiskan. Segala yang telah ku baca akan cuba di hadhamkan sebaik mungkin. Wahai insan yang menggelarkan dirinya sebagai pejuang agama Allah, berusahalah untuk mengikut setiap sunnah yang ditinggalkan oleh kekasih Allah. Jangan lah kita menjadi retorik semata-mata, bertakbir, berdemonstrasi menentang kartunis yang menghina Nabi SAW, melaung-laungkan Rasulullah ikutan kami namun hakikatnya kita jauh meninggalkan sunnahnya. Malah kita tidak pernah berusaha untuk mengenalinya. Buktikan kecintaanmu, moga dia akan mengenalimu di hari perhitungan nanti...

"Allahummaj'alna mutaaba'atan nabiyyu solallahu 'alaihi wa sallam awwalan wa akhiron wa zhohiron wa baathinan wa qaulan wa fi'lan wa 'amalan soliha"
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanah kami orang yang mengikut Nabi SAW dari awal sehingga akhirnya, yang zahir dan yang batin serta percakapannya dan tingkah lakunya dan amal solehnya...amin...

Wednesday, April 7, 2010

Book Review

Tajuk: Syamail Muhammad SAW
Karangan: Imam Tirmizi
Penerbit: Telaga Biru



Buku Syamail Muhammad saw karya Imam Tirmizi merupakan satu karya yang baik dan lengkap mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah saw. Karya ini singkat namun padat dan lengkap sehinggakan pembaca seakan-akan dapat melihat langsung keindahan dan keagungan peribadi agung ini.

Buku ini menghimpun hadis-hadis yang merangkumi 56 bab yang dihuraikan melalui hadis-hadis tentang semua aspek kehidupan dan sifat yang dimiliki oleh Rasulullah saw yang merangkumi lima aspek kehidupan baginda iaitu:

1. FIZIKAL : Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, cincin, kasut, sandal, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.

2. PERILAKU : Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minuman dan buah-buahan.

3. IBADAH : Wudhu', doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca Al-Qur'an.

4. PERHUBUNGAN & AKHLAK : Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawadhu', rasa malu dan tangisan.

5. KEHIDUPAN : nama-nama Rasulullah saw, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah saw

Komen: walaupun ana br shj m'habiskan separuh dr buku ni, kesan setelah membacanya sgt dirasai. Menyebabkan ana sntiasa merefleksi stp aktiviti harian ana yg ada kaitan dgn beberapa riwayat yg disampaikan oleh para sahabat mengenai sifat n peribadi Rasulullah SAW. nak tahu mcm mana rasanya, cuba lah sndr. Moga buku ini akan menjadi salah satu wadah bg kita untuk lebih mengenali dan menyuburkan cinta kita pada kekasih Allah.



Jenis buku: novel
Tajuk: Denyut kasih medik
Penulis: Dr. Farhan Hadi - husband fatimah syarha
Kandungan: mostly berkait dgn dgn fiqh medic berkaitan isu-isu perubatan semasa


Sinopsis: watak utama novel merupakan seorg doktor, Dr. Muslih fresh graduate yg br msuk houseman. novel ini byk berkisar tntg pengalaman Dr. Muslih sepjg d tugaskan d beberapa wad d hsptal selayang dan dlm ms yg sama beliau cuba untuk memperjuangkan syariat Islam dlm dunia perubatan. setiap mslh perubatan yg berkait dgn syariat Islam akan di selitkan kolum khas beserta dalil untuk penjelasan kpd pembaca. novel ni sgt2 sesuai untuk sesiapa yg bkl menceburkan dr dlm dunia perubatan spt dktor, nurse ,dents n ect. yg lain pn sgt dialukan untuk membaca spy smua dpt gmbrn mengenai isu perubatan smasa untuk menambah ilmu pengetahuan.